Tuesday, 1 November 2011

Hari Pertama Saya di PTSS~~~~~~~~~

Assalammualikum...saya berasa amat bertuah mendapat tawaran masuk ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Saya ingin berkongsi sedikit pengalam yang ada di sini pada hari pertama. Berbagai perasaan yang bermain di minda saya pada hari pertama, sedih, gembira, teruja, blur pn ada jugak. Banyak barang yang saya bawa untuk persiapan menginap di kolej kediaman politeknik. Pada hari pertama saya datang ke pejabat asrama politeknik untuk membuat pendaftaran pelajar & kolej kediaman. pensyarah di sini semuanya peramah dan mudah untuk berurusan. ramai kawan yang saya baru kenal pada hari pertama di sini. Ia satu pengalaman yang baru untuk saya.. pada hari pertama, pelajar baru di arah untuk ke Dewan Harum Manis untuk mendengar taklimat daripada pensyarah tetang keadaan persekitaran dan suasana asrama di politeknik ini. Sebelah petang pula, bagi pelajar muslim solat jemaah beramai-ramai di Pusat Islam. Selepas itu, pelajar di jamukan dengan hidang minum teh.Sebelah malam hari, ia di teruskan dengan aktiviti taklimat dan renggangkan diri.

No comments:

Post a Comment